Persepsi umum terhadap artis yang popular di media sosial menerusi platform YouTube membantu kerjaya seni mereka memang benar berlaku apabila bakat baru, Eza Edmond membuktikan video klip lagunya berjudul Kawan (#silameninggal) tular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga serata Asia Tenggara sejak April lalu.
Meskipun ramai yang masih belum mengenali penyanyi berusia 19 tahun ini tetapi bakat seninya terus digilap selepas bernaung di bawah pengurusan Sheikh Qalam Record.
Sebagai penyanyi baru, Eza tidak hanya bergantung pada sebuah single semata-mata untuk memperkenalkan dirinya pada pendengar tapi turut muncul dengan lagu terbaru berjudul Bahagia.
Menariknya, lagu ciptaan komposer muda, Hazmi Fahim ini juga mendapat kerjasama maestro muzik terkenal, Roslan Aziz yang membantu melaksanakan proses adunan akhir.
Gadis yang berasal dari Papar, Sabah ini mengakui berpuas hati dengan hasil lagu terbarunya itu yang disifatkan sempurna.
Mengimbas kembali perjalanan seninya, Eza sebenarnya sudah menunjukkan minat mendalam dalam bidang nyanyian sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika itu dia sudah memberanikan diri memegang mikrofon dan menyanyi kerana minat.
Dalam mengasah bakat seninya itu, dia pernah menyertai pertandingan Sugandoi yang merupakan pertandingan menyanyi lagu rakyat bagi masyarakat Kadazan Dusun sehingga menang dua kali.
Masih belajar dalam pengajian di peringkat Asasi TESL di Universiti Teknologi Mara (UiTM), selepas ini Eza berhasrat mahu meneruskan pelajaran dalam bidang muzik seperti mana yang dicita-cita sebagai penyanyi.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @ezaedmond
Elrafaei Sapi
Wed Oct 17 2018

_3.png?ext=.png)
Sarat Dengan Aksi & Lebih Mendebarkan, Ini 10 Sebab Anda Perlu Menonton House of The Dragon
Jom saksikan House of Dragon

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.