Kehidupan remaja yang terlalu obsess terhadap media sosial? Sanggup ‘singkirkan’ kawan sendiri untuk jadi yang terbaik? Biarpun ada nyawa yang terkorban? Apa yang sebenarnya berlaku?

Drama siri original terbaharu Gempak berjudul IMperfect kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Ria (104).

Episod lalu menyaksikan Kak Ju sedar yang Elena hilang dan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kehilangannya yang secara tiba-tiba itu. Pihak polis turut ke banglo itu untuk mendapatkan maklumat dari Kak Ju, Adam dan Liza kerana kehilangan Elena telah tersebar di alam maya.

Sementara itu, Alicia menghubungi Liza dan sekali lagi memujuknya untuk bekerja dengannya tetapi Liza masih menolak kerana keutamaannya adalah untuk menjejaki Elena

Memasuki episod keenam hari ini, berlaku pergelutan di antara Liza dan Elena. Dalam keadaan kelam kabut itu, Liza mencapai salah satu trofi di meja berdekatan dan menghayunkannya ke kepala Elena.

Disebabkan kejadian itu, Liza mula panik bila Elena tiba-tiba rebah ke lantai, tidak sedarkan diri. Dia membaringkan Elena di katil dan membersihkan kesan darah pada trofi dan permaidani.

Liza cuba merahsiakan kejadian itu dari Kak Ju dengan alasan Elena tidak mahu diganggu yang membuatkan Kak Ju berasa tidak sedap hati. Saga telah datang berjumpanya mengenai kempen pakaian mandi Muslimah, Burquinita yang memaksa Liza membuat photoshoot, dia dan Elena di bilik tidur Elena.

Tidak lama kemudian, muncul pula Adam yang berkeras untuk bersemuka dengan Elena dan naik berang apabila Elena hanya mendiamkan diri. Semuanya membuatkan Liza merasa sangat tertekan dan nekad membawa Elena keluar dari banglo itu.

Namun adakah rancangan Elena berjaya? Saksikan IMPerfect lakonan Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Linda Hashim, Daniel Fong, Daniel Cheang dan Natrah Khalid.

IMperfect ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9:30 malam mulai 28 September 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.