Laman Utama
Impi 15 Anak, Aurel Hermansyah Bunting Pelamin, Atta Halilintar: "GOLLLL"
Pasangan selebriti Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar mengumumkan mereka bakal menjadi ibu dan bapa hanya selepas sekitar satu bulan menikah.
Aurel yang juga merupakan anak kepada pasangan Krisdayanti dan Anang Hermansyah ini menikah dengan YouTuber popular itu pada 3 April 2020.
Semalam, pengantin baharu ini mengumumkan akan menambah 'orang baharu' dalam kehidupan mereka berdua apabila Aurel bunting pelamin.
Advertisement
"Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah. Setelah check masa subur, pakai Pregnancy Test dan ternyata positif!," tulis Aurel di Instagram, Jumaat.
Begitu teruja dengan berita bahagia itu, Atta pun melahirkan rasa syukurnya.
"Alhamdulillah Ya Allah, istriku POSITIF HAMIL! My dream come true! GOLLLLL GOLLLL GOLLLL. Insyallah Anak Pertama ku," kata lelaki berusia 26 tahun tersebut.
Sebaik mendapat berita bahagia tersebut, Krisdanyi dan ibu tiri Aurel, Ashanty menitipkan doa agar pasangan muda itu menjaga calon cucu mereka dengan baik sehingga selamat melahirkan.
Sebelum ini, Atta pernag dikritik kerana melahirkan keinginan memiliki anak seramai 15 orang atau seperti satu pasukan bola sepak.
"Sebenarnya saya kan lahir dari keluarga anak banyak. Dan sewaktu majlis nikah, saya ditanya berapa anak yang saya mahu?
"Saya katakan 15. Tapi semuanya bergantung kepada kesihatan isteri saya. Dan terserah jika ada rezeki banyak anak, kami bersyukur jika tidak, jangan dipaksa," katanya seperti dipetik dari Kompas.
Untuk rekod, Atta merupakan anak sulung daripada 11 adik beradik. Dia menikah dengan Aurel yang saat ini baru berusia 22 tahun dan merupakan anak sulung dari pasangan Krisdayanti dan Anang yang bercerai lebih 10 tahun silam.
Instagram: @attahalilintar
Must-Watch Video