Hiburan

Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”

gempak
Asyikin Mayudin
08/05/2024
03:54 MYT
Sponsor Banner
Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”
Majlis pernikahan dan resepsi aktres Afifah Nasir dengan pasangannya Syed Hariz yang berlangsung dengan meriah dan mewah baru-baru masih diperkatakan netizen di laman sosial.

Judika Tak Dapat Datang

Afifah menerusi Instastory miliknya mendedahkan segala kemahuannya untuk majlis perkahwinanya itu mudah didapatkan dan berjalan dengan lancar.
Bagaimanapun satu hasratnya untuk membawa penyanyi Indonesia, Judika datang ke majlisnya tidak tercapai disebabkan faktor yang tak dapat dikongsikan.
“Jadi, semua yang saya mahukan untuk majlis perkahwinan saya dapat dengan mudah kecuali Judika. Dia tak dapat datang atas sebab yang saya tak boleh kongsikan di sini.
“Tapi apa-apa pun dia (Judika) tetap yang terbaik,” kongsi Afifah.
Afifah dan Syed Haris mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.
Bukan sahaja majlis Afifah yang menjadi perhatian, malah busana nikah aktres itu juga mendapat pelbagai respons daripada netizen yang rata-ratanya memuji serta ada juga yang mengkritik.

BERITA TRENDING: Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”

BERITA TRENDING: Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live