Impian Gadis Lumpuh Naik Keretapi Tercapai - “Ini Pengalaman Pertama Saya, Selalu Nampak lalu Depan Kampung”
Azwa Rahman
25/11/2021 11:45 MYT
25/11/2021 11:45 MYT
Impian seorang gadis yang terlantar lumpuh, Aziana Shaari untuk menaiki kereta api akhirnya tercapai dengan kerjasama daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Memetik laporan NST, Aziana yang lumpuh sejak lapan tahun lalu kerana tulang belakang hancur akibat dihempap konkrit dibawa menaiki tren khas komuter dari Sungai Petani ke Butterworth ihsan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
“Saya benar-benar teruja serta terharu kerana ini pengalaman pertama dapat menaiki kereta api. Selama ni, saya hanya boleh melihat keretapi lalu-lalang di depan kampung saya," katanya yang menetap di Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal, Sungai Petani.
Perjalanan Aziana menaiki kereta api itu turut diiringi dua kakitangan perubatan bagi memantau keadaannya.
Ibu Aziana, Fatimah Hashim, 50, memberi ucapan penghargaan kepada KTMB kerana memenuhi impian anaknya.
"Sejak pagi, Aziana sudah tidak sabar untuk menaiki kereta api, dia cukup gembira kerana impiannya tercapai.
"Sebelum ini, saya akan tolak Aziana ke luar rumah setiap kali dia mahu melihat kereta api yang melalui landasan namun hari ini, dia merasai pengalaman menaiki kereta api," jelasnya lagi.
Malah keretapi tersebut turut berhenti di beberapa hentian di sekitar kampungnya bagi membolehkan saudara-mara dan jiran tetangga memberikan lambaian kepada Aziana di luar kawasan landasan.
Terdahulu, insiden malang yang menimpa Aziana berlaku apabila dinding konkrit rumah saudara yang dalam pembinaan runtuh menimpa dirinya ketika dia bermain di tapak yang terletak di belakang rumah keluarga sewaktu berusia 9 tahun.
Selain lumpuh, Aziana turut mengalami kerosakan paru-paru, pundi kencing, buah pinggang dan masalah pendengaran.
Sementara itu, Pengerusi KTMB Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya memutuskan memenuhi impian Aziana selepas mengetahui hasrat seumur hidup remaja berkenaan.
"Kami gembira dapat memenuhi impian seumur hidup Aziana dan berharap ia akan memberi kegembiraan kepadanya," katanya lagi.
Kredit foto: Harian Metro