Bintang Gegar Vaganza (GV) 2019 Hady Mirza mengakui menyimpan impian untuk bertandinfg di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Untuk merealisasikan impian tersebut, Hady berkata dia mahu mencari penulis lirik di Malaysia yang sudi menghasilkan lagu untuknya.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada GV kerana memberi peluang untuk saya berada di sini sampai ke hari ini.

“Ramai juga yang bertanya ke mana hala tuju saya selepas GV, saya sebenarnya mempunyai impian untuk bertanding di AJL.

“Untuk merealisasikan impian itu saya perlu mencari penulis lirik yang sudi menghasilkan lagu untuk saya nanti,” katanya.

Minggu ketujuh GV menyaksikan Hady Mirza berada di tempat pertama selepas mempersembahkan lagu Jatuh Bangun nyanyian asal Haqiem Rusly pada malam bertemakan CARAS (Cara Sendiri).

Dalam pada itu Hady mengakui banyak perubahan yang berlaku pada dirinya semenjak menyertai GV.

“Yang paling obvious ialah pengikut di media sosial Instagram saya naik mendadak. Saya bersyukur peminat menghargai saya.

“Ada yang hantar Direct Message dan memberitahu mereka suka dengan persembahan saya setiap minggu disamping memberikan kata-kata semangat buat diri saya.

“Terima kasih kepada sokongan anda semua dan saya akan cuba lakukan yang terbaik sepanjang berada di sini,” katanya.