“Impian Jadi Kenyataan” – Zahirah Macwilson

Badrul Hashim
November 21, 2018 05:12 MYT
“Dreams really do come true.”
Itulah yang ditulis oleh Zahirah Macwilson dalam satu posting beliau yang dimuat naik di Instagram.
“Hari pertama, babak pertama, filem aksi pertama, dan filem yang pertama! Terima kasih kerana mempercayai saya untuk melakonkan watak impian saya. Memperkenalkan, Bulan.
“InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya untuk babak pergaduhan! Saya harap anda akan menyukai filem aksi komedi yang akan ditayangkan nanti.
Tahniah Zahirah untuk filem yang pertama. Semoga terus berjaya.
#Zahirah Macwilson