Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Impian Jadi Nyata” - Vanidah Imran Kini Jadi Pensyarah

Mya Amri
17/10/2020 02:20 MYT
Pelakon Vanidah Imran bersyukur kerana berjaya mencapai impian untuk menjadi seorang pensyarah.

Vanidah menerusi akaun Instagramnya berkongsi posting sedang menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan mengadakan kuliah atas talian.

“ODL lagi semester ini. Haih bertabahlah pelajar-pelajar ku. Semester akhir, perjuangan terakhir. Anda boleh lakukannya. Saya harus mendapatkan laptop baharu secepat mungkin,” kongsinya.

ODL again this sem.... haih! Bertabahlah my dear students. Final sem.... final battle ... you can do this ??. Need to get a new lappy soon! ??‍♀️ #FiTA

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, Vanida menyatakan rasa gembira dapat merialisasikan hasratnya.

Tidak ketinggalan, para pengikutnya juga turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Vanidah.


Selain Vanidah, selebriti lain yang turut berada dalam bidang yang sama adalah pelakon Norzizi Zulkifli.

Kami di Gempak juga ingin mengucapkan tahniah buat Vanidah. All the best ya!

#Vanidah Imran