Impian Pasukan Gergasi England Menang Tempat Ketiga Berkubur!

Elrafaei Sapi
Julai 15, 2018 04:08 MYT
England yang menjadi antara pasukan gah di kejohanan Piala Dunia nampaknya terpaksa terima hakikat di tempat keempat, malam tadi.
Meskipun penyokong England mengharapkan kehebatan pemain penyerang mereka, Harry Kane meledakkan gawang Belgium tapi itu semua tinggal kenangan.
Bukan saja berada di tempat keempat pada saingan Piala Dunia kali ini sebaliknya pasukan gergasi Eropah ini tewas 2-0 kepada pasukan lawan.

#BEL #BEL #BEL Eden Hazard makes it 2-0 against England as @BelRedDevils take bronze at Russia 2018 ? ? TV listings ? https://t.co/xliHcxWvEO ? Highlights ? https://t.co/LOdKDX2Cwn #WorldCup pic.twitter.com/Rxo21DQiRU

— FIFA World Cup ? (@FIFAWorldCup) July 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada perlawanan malam tadi, Belgium pada awalnya sudah menunjukkan taring mereka apabila menjaringkan gol pertama seawal minit ke-4 menerusi Thomas Meunier.
England yang kelihatan seperti hilang rentak permainan terus diberi tekanan sehingga satu lagi gol Belgium dijaringkan ketua pasukan, Eden Hazard pada minit ke-82.
Meraikan kejayaan Belgium pastinya peminat bola sepak dunia menunggu keputusan perlawanan akhir malam ini antara Perancis menentang Croatia.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Twitter @FifaWorldCup
#England #Piala Dunia #Belgium