Pelawak Jiggy mempunyai impian untuk membawa isterinya, Elly Arifin yang juga penyampai Hlive untuk berbulan madu di Mekah sambil beribadah.

Jiggy yang merupakan ahli kumpulan Masin berkata kepada Hlive, dia sudah lama berhasrat untuk berbuat demikian tetapi masih tidak kesampaian disebabkan beberapa perkara.

"Impian saya mahu berbulan madu di Mekah tetapi masih tidak kesampaian disebabkan kekangan dari segi kerja, waktu dan kewangan.

"Saya mahu ke sana untuk berbulan madu dan dalam masa yang sama mengerjakan umrah bersama Elly.

"Saya berharap saya dapat laksanakannya dalam tahun 2019, semoga semua urusan berjalan lancar," ujarnya.

Jiggy menyertai kumpulan Masin yang kini berentap di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2018) bersama dua lagi anggota iatu Vicha dan Mamat.

MLM 2018 bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam, setiap Jumaat jam 9 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).