Jurusolek popular Mua Bellaz berkongsi koleksi alatan solek yang berada di dalam simpanannya sehingga memenuhi hampir keseluruhan ruang tamu.

Menerusi laman Instagram, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini, 27, memuat naik beberapa keping foto koleksi alat soleknya sekali gus mengundang rasa cemburu dan kagum netizen.

Koleksi itu terdiri daripada berpuluh jenis bedak asas, pembayang mata, gincu, pemerah pipi, celak mata, maskara serta bulu mata palsu.

“Impian setiap wanita. Koleksi barangan makeup Muabellaz. Siap susun dah, fuhhh lama sungguh hampir tiga jam susun macam ni.

Impian setiap wanita ??? Koleksi barangan makeup muabellaz Studio di kampung . Siap susun dah... Fuhhhhh lama sungguh hmoir 3jam susus mcm ni saja... Tnnggu nk susun atas rak pulak... #hudabeauty #jeffreystarcosmetics #fentybeauty #channel #shophudabeauty #bellazbeauty #urbandecay #mac #katvond #tomford #lamer #nars #huda #hudabeautynudepalette #wakeupandmakeup #makeupbybellaz #muabellaz #muaindonesia #muamalaysia #makeup #makeuptutorial #makeuptutorial #makeuplooks #muabellaz #nyxcosmetics #realtechniquesbrush #makeupslayageworldwide #makeupslayageworldwide #makeupcollection #makeupjunkie #makeup

A post shared by B E L L A Z U L Y A D A I N I (@muabellaz) on


“Alhamdulillah pinjaman Allah sementara untuk Bellaz,” jelasnya lagi di ruangan kapsyen.

Melihat koleksi yang begitu banyak ini, ramai netizen yang meninggalkan komen jenaka dan berharap dapat berjaya sepertinya.

Malah, tidak kurang juga ada yang mahu dia menjual sebahagian alat solek yang tidak dipakai lagi kepada mereka.

“Allah, kena beli sebijik rumah untuk dia saja,” kata seorang netizen.

“Tak terpakai nohhh, jenuh nak pilih. Alangkah indahnya kalau ku dapat yang ni. Love gila,” tulis seorang netizen lagi di ruangan komen.

“Saya akan rompak rumah kak Bella malam ni nak amik barang ni haha,” tulis seorang netizen sambil berjenaka.



Nama Bellaz semakin terkenal kerana sering berkongsi ilmu dengan membuat rakaman video tutorial solekan secara langsung kepada pengikutnya.

Malah namanya semakin menjadi sebutan apabila pernah menawarkan khidmat solekan secara percuma kepada bakal pengantin di Kedah.

Bellaz sehingga kini mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram.