Peraduan
Impress Your Idol
Program Impress Your Idol adalah sebuah program dari Gempak di mana tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang mempunyai bakat memasak dan berminat untuk memenangi hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM 500.00!
Video memasak yang dihantar akan dinilai dan dimasak semula selebriti chef mingguan. Sekiranya anda dapat mengagumkan idola tersebut dengan skill masakan anda, anda akan menjadi pemenang mingguan. Senang kan? Jangan tunggu lagi dan hantarkan penyertaan anda sekarang!
Cara Penyertaan:
1. Pilih 1 daripada 5 bahan utama yang dimuat naik di akaun IG Astro Gempak dan masak menu yang paling kreatif
2. Hantarkan video masakan anda (tidak kurang dari 2 minit) dan sukatan tepat yang digunakan ke impress-your-idol@astro.com.my
3. Anda perlulah menerangkan cara-cara memasak di dalam video masakan anda
4. Video yang dihantar perlulah jelas, terang, dan menunjukkan wajah anda (yang memasak).
5. Sertakan nama dan nombor telefon anda supaya mudah dihubungi sekiranya terpilih
Tarikh Hantar Penyertaan: Setiap Isnin bermula 12pm
Tarikh Tutup Penyertaan: Setiap Khamis (minggu yang sama) jam 5pm
Syarat Kelayakan:
Mempunyai bakat memasak itu sudah pasti.
- Terbuka untuk semua warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
- Terbuka kepada semua jenis kreativiti untuk mempersembahkan masakan anda.
- Peserta harus memilih 1 daripada 5 bahan utama yang dimuat naik di IG Astro Gempak.
- 3 video masakan terbaik akan dipilih oleh pihak produksi untuk menyertai pertandingan mingguan. Sekiranya terpilih, menu anda akan dimasak semula oleh selebriti chef mingguan untuk dinilai.
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit atau keadaan kesihatan yang bakal menyukarkan proses penggambaran.
- Peserta mestilah tidak mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tidak bankrap
- Peserta yang terpilih perlu memberikan komitmen sepenuhnya ketika proses penggambaran dan promosi di talian/lapangan. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta didapati tidak memberikan kerjasama untuk penggambaran.
- Setiap video yang dihantar untuk penyertaan boleh digunakan untuk tujuan promosi menyeluruh dalam apa dua bentuk media tanpa perlu keizinan dari pihak pengirim
- Setiap keputusan pihak produksi adalah muktamad