Impress Your Idol, Hantar Video Masakan Dan Menang RM500, Mudah Kan?

Mya Amri
Mei 6, 2020 13:36 MYT
Program Impress Your Idol adalah sebuah program dari Gempak di mana tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang mempunyai bakat memasak untuk menonjolkan kemampuan mereka.
Tidak hanya tangan kosong, mereka yang menyertai program ini juga berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa wang tunai sebanyak RM 500.00!
Lebih menarik lagi, video memasak yang dihantar akan dinilai dan dimasak semula selebriti chef mingguan.
Sekiranya anda dapat mengagumkan idola tersebut dengan skill masakan anda, anda akan menjadi pemenang mingguan.
Senang kan? Jangan tunggu lagi dan hantarkan penyertaan anda sekarang!
Sebelum ini Impress Your Idol menampilkan pengarah Michael Ang dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley manakala untuk minggu ini pula adalah cef Sherson Lian.
Cara penyertaan:
Anda perlu memilih 1 daripada 5 bahan utama yang di post IG Gempak dan hantarkan video ke impress-your-idol@astro.com.my.
Tiga video masakan terbaik akan dipilih untuk ditunjukkan kepada cef.
Kemudian cef akan memilih salah satu daripada tiga penyertaan itu sebagai pemenang.
Macam mana cef nak tahu sama ada masakan itu sedap atau tidak, cef sendiri yang akan masak mengikut resepi yang ditunjukkan, menarik kan?
Kemudian pemenang akan dihubungi menerusi concall.
Tarikh Hantar Penyertaan: Setiap Isnin bermula 12pm.
Tarikh Tutup Penyertaan: Setiap Khamis (minggu yang sama) jam 5pm
BACA: Impress Your Idol
Saksikan Impress Your Idol setiap Ahad, jam 9 malam di www.gempak.com
#Impress Your Idol