Imran Ajmain Nak Rekod Lagu Seribu Tahun Versi Bahasa Inggeris?

ZULHILMI JALIL
Mac 12, 2020 07:59 MYT
Penyanyi Imran Ajmain berkongsi cerita bahawa dia pernah berhasrat untuk merakamkan lagu hit nyanyiannya, Seribu Tahun dalam versi Bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, kata Imran, 39, hasrat tersebut tidak pernah tertunai sejak tahun 2007.
"Seribu Tahun. Saya selalu ingin merakamkan lagu versi bahasa Inggeris ini sejak 2007. Video ini dirakam oleh vintage07, sewaktu dia menghadiri perjumpaan peminat 2008 di Singapura pada masa itu, cepatnya masa berlalu.
"Perlukah saya rakam versi Seribu Tahun ini (dalam bahasa Inggeris)?," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Imran memuat naik sebuah video yang memaparkan rakaman dirinya mendendangkan lagu Seribu Tahun versi bahasa Inggeris.
Video nyanyiannya berdurasi 1 minit 41 saat itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.
"Ya, harap rakam versi ni sebab dulu keluar versi bahasa Melayu, apa kata kali ni bahasa Inggeris pula.
"Ya, tapi dengan lirik Inggeris yang diperbaiki.
"Wahh, lagu ini menakjubkan walaupun dalam bahasa Inggeris," komen sebahagian netizen.
Lagu Seribu Tahun merupakan salah satu single dalam album berjudul Dengan Secara Kebetulan yang diterbitkan pada 2007.
#Penyanyi #Penyanyi #Imran Ajmain #Seribu Tahun