gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
BERITA
Mahu Penuhi Keinginan Teman Lelaki, Ibu Tergamak Biar Anak Dinoda
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Imran Aqil Enggan Terlalu Terbuka Kongsi Kehamilan Isteri - “Kami Risau Ada Mata Memandang Dengan Niat Tidak Baik”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/02/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Imran Aqil Enggan Terlalu Terbuka Kongsi Kehamilan Isteri - “Kami Risau Ada Mata Memandang Dengan Niat Tidak Baik”
Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil berharap orang ramai memberi ruang kepada dia dan isteri iaitu pempengaruh serta model Dahlia Rizal, apabila berbicara mengenai cahaya mata.
Menurut Imran, atau nama penuhnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, dia dan isteri memilih untuk tidak menghebahkan mengenai kehamilan pertama mereka secara meluas kerana bimbang ia akan mengundang perkara yang tidak baik.
"Buat masa sekarang, ramai yang membuat andaian. Kami hanya meminta ruang dan penghormatan kerana ada antara kami yang lebih selesa untuk merahsiakan perkara ini.
“Jika terlalu diwar-warkan, kami risau ada mata yang memandang dengan niat tidak baik. Siapa yang tahu… Alhamdulillah. Tetapi jika ada yang hanya meneka sehingga menyebabkan isteri saya berasa tidak selesa, saya rasa tak perlulah.
“Saya cuma berharap agar semua dapat mendoakan yang terbaik buat kami," katanya kepada Gempak ketika ditemui di sidang media Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 pada Khamis.
Imran turut mendedahkan pengalaman ahli keluarganya yang pernah mengalami keguguran sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dan memilih untuk berdiam diri.
"Kami juga menantikan kelahiran cahaya mata ini, tetapi sekiranya sebaliknya berlaku, kami akan maklumkan juga kepada netizen.
“Berdasarkan pengalaman keluarga sendiri, ada kandungan yang tidak menjadi, jadi sebab itu kami lebih memilih untuk tidak mengumumkannya terlalu awal," jelasnya.
Berkongsi mengenai keadaan isterinya, Imran bersyukur kerana Dahlia tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan.
Sebagai bakal bapa, pelakon yang popular dengan siri Kau vs Aku ini juga kini sedang dalam proses mencari rumah yang lebih besar bagi memastikan keselesaan bayi mereka kelak.
"Alahan tiada, Alhamdulillah. Malah, dia juga tidak mengalami alergi terhadap saya. Ada orang kata ibu mengandung kadang-kadang jadi sensitif dengan bau suami, tapi Alhamdulillah, isteri saya tidak begitu.
"Kami sedang mencari rumah yang lebih besar kerana mahu menyambut kelahiran bayi dalam suasana yang lebih selesa. Itu antara persiapan yang sedang kami lakukan sekarang," tambahnya.
Sekadar info, Imran dan Dahlia telah mengikat tali pertunangan pada Ogos 2022 sebelum disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung setahun kemudian.
Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Nordin, dengan bapa pengantin perempuan, Ahmad Rizal, sebagai wali.
Topic Berkaitan
#Mengandung
#Rahsia
#Imran Aqil
#Dahlia Rizal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement