HIBURAN
Imran Bard Bakal Berehat Dari Media Sosial? Netizen Gesa Unfollow Ramai-Ramai - “Semoga Dapat Muhasabah…”
Gara-gara kontroversi yang melanda dirinya, pempengaruh sensasi, Imran Bard baru-baru ini mengumumkan bakal berehat daripada menggunakan media sosial.
Netizen nak unfollow?
Namun begitu, keputusannya itu tidak mendatangkan sebarang reaksi positif di mana rata-rata netizen mengugut bakal 'unfollow' akaun media sosial Imran secara besar-besaran selepas ini.
“Masa untuk unfollow Imran Bard secara besar-besaran.
“Berehat terus pun okay daripada terus buat dosa.
“Tak ada adab, memang patut berehat!”," komen beberapa netizen.
Tidak terhenti di situ, ada juga segelintir warganet yang menitipkan pesanan supaya Imran lebih menjaga sensitiviti dalam melakukan konten.
“Eloklah, semoga istiqamah dan berehat.
“Semoga dapat muhasabah diri dan diberi hidayah Allah SWT.
“Sabar ya, semoga selepas dapat perbaiki diri," komen beberapa netizen lagi.
Terdahulu, nama Imran hangat diperkatakan di media sosial selepas dikatakan membuat konten sensitif berkaitan pelakon, Ellie Suriaty.
Susulan itu, Ellie menuntut agar ibu bapa Imran Bard memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.
Akan tetapi, tuntutan tersebut tidak dipenuhi oleh Imran sebaliknya dia memuat naik satu konten memohon maaf dalam cara sarkastik yang mendapat kecaman ramai.