Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ina Naim Kena Rempuh Motor Ketika Keluar Beli Sarapan – “Kalau Salah Teknik Mungkin Boleh Mati”

Amri Hassan
02/02/2021 23:50 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagu Duhai Hati, Ina Naim trauma apabila kenderaan yang dinaikinya bersama anak-anak dirempuh penunggang motorsikal pada pagi Isnin ketika keluar bersarapan.

Perkara itu dikongsikan suami Ina, Suhaimi Saad menerusi akaun Facebooknya.

"Innalillah. Doakan Ina dan anak-anak dirempuh oleh kenderaan lain pagi ini," tulisnya pada Isnin.



Berkongsi perkembangan lanjut kesan dari rempuhan itu, kata Suhaimi isterinya itu kini trauma namun tiada sebarang kecederaan.

"Alhamdulillah, mereka dirempuh motorsikal yang laju langgar pintu sebelah kiri waktu mereka keluar nak membeli sarapan pagi semalam.

"Motorsikal itu tersangat laju, kalau salah teknik itu mungkin ada yang matilah.

"Tapi Allah selamatkan, semua okey. Cuma mungkin terkejut sikit, trauma sikit sebab rempuhan itu kuat," jelasnya.

Bagaimanapun, penunggang motorsikal terbabit juga tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu.

#Penyanyi #Kemalangan #Motor #Suhaimi Saad #Ina Naim #Kereta #Trauma #Langgar
;