HIBURAN
Inara Rusli Bengang Mantan Suami, Virgoun Kenalkan Anak Pada Kekasih: “Bimbang Lifestyle…”
Inara Rusli melahirkan kekesalan selepas mantan suaminya, Virgoun melanggar kesepakatan yang telah mereka capai mengenai tindakan tidak memperkenalkan kekasih demi kesejahteraan bersama.
Menurut Inara, dia dan penyanyi tersebut telah bersetuju untuk tidak memperkenalkan kekasih masing-masing sehingga telah benar-benar ingin berkahwin.
Namun katanya dia kesal selepas mendapati Virgoun memperkenalkan kekasih terkininya, Luna Alhamdy kepada anak-anak mereka.
“Kami pernah berjanji dan sepakat untuk tidak memperkenalkan kekasih masing-masing kepada anak-anak sehingga benar-benar ingin berkahwin.
“Mereka (Virgoun dan Luna) belum di tahap serius,” ujar Inara kesal seperti dilaporkan InsertLive.
Antara faktor utama yang membuatkan dirinya kesal kerana Virgoun melanggar janji mereka adalah bimbang melihat lifestyle atau gaya hidup lelaki itu yang kerap bertukar pasangan.
“Kami buat perjanjian (kenalkan kekasih) kerana saya bimbang melihat lifesytle dia. Kerap tukar pasangan. Saya tidak mahu hal itu menjadi perkara biasa apa lagi anak-anak sudah melihat kami berpisah.
“Saya tidak mahu anak-anak melihat lagi hal seperti ini (bertukar pasangan),” katanya.
Pasangan yang bercerai pada tahun 2023 itu menjadi tumpuan selepas Inara mendedahkan Virgoun berzina dengan wanita lain sepanjang mereka menjadi suami isteri. Mereka dikurniai tiga anak yang kesemuanya kini di bawah jagaan Inara.