Tahun hadapan bakal menjadi tahun penuh nostalgik bagi peminat setia rock di era 90-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk mengadakan Asia Tour 2024.

Kerinduan peminat setia yang mengikuti band ini lebih daripada dua dekad untuk melihat mereka beraksi semula di negara ini menjadi faktor utama jelajah ini diadakan.

Disebabkan itu, peminat mula menyuarakan rasa teruja di platform media sosial masing-masing.

Antaranya, mereka menyatakan rasa tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman konsert bertaraf antarabangsa itu.

Antara komen yang diterima:

"Mana Geng Tak Sunat Lazer? Ini Zaman Kita!”

"Tak sabarnya, rindu zama-zaman dulu,"



Dibawakan oleh Hitman Solutions, Incubus Asia Tour 2024 akan diadakan di Mega Star Arena KL pada 27 April tahun hadapan.

Jualan tiket konsert Incubus Asia Tour 2024 telah pun dibuka.

Terdapat tiga zon utama iaitu CAT 1 - VIP Seating (RM299), CAT 2 - Normal Seating (RM249), Rockzone - Free Standing (RM249).

Tiket-tiket boleh didapati di www.hitmanlive.com.

Untuk info, Incubus ditubuhkan pada tahun 1991, persahabatan mereka sejak di sekolah menengah ini telah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehannya dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia, dianugerahkan pengiktirafan multi- platinum dan platinum accolades.