Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Indah Ruhaila Tak Rancang Anak

Syafiqah Jalal 20/02/2018 | 10:33 MYT
Penyanyi Indah Ruhaila tidak meletakkan sebarang perancangan untuk menimang cahaya mata.

Mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Shariff Ahmad Taufik pada 24 Disember tahun lalu, pasangan ini hanya berserah kepada ketentuan takdir.

“Soal anak, saya dan suami memang tidak merancang. Sejujurnya, kami menyerahkan perkata itu kepada ketetapan rezeki.

“Insya-Allah jika kami dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima sahaja dengan hati terbuka,” kata Indah ketika ditemui di majlis resepsi perkahwinan Fizi Ali dan Shakilla Khoriri baru-baru ini.

Tambah penyanyi lagu Percayalah ini, suaminya juga tidak menghalang untuk Indah meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

“Pada awalnya dia tidak tahu yang saya merupakan seorang penyanyi. Itu pun ada rakan suami yang memberitahu dia mengenai kerjaya saya.

“Alhamdulillah, dia tidak menghalang saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Suami juga tidak mengenakan sebarang syarat.

“Namun begitu, sebagai seorang isteri, saya tahu batas yang perlu saya tetapkan. Keluarga dan suami akan menjadi keutamaan saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Indah sedang merancang untuk mengeluarkan lagu terbaru selepas terkenal dengan single Semua Untuk Cinta.

#Kahwin #Penyanyi #Anak #Kahwin #Penyanyi #Indah Ruhaila
;