Tunang kepada pereka fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya mencuri tumpuan netizen dengan wajah jelitanya.

Menerusi laman sosial Instagram, Nurida, 30, kerap memuat naik beberapa keping foto wajahnya yang siap disolek ketika ke acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 (KLFW2019) minggu lalu.

Tampil jelita sepanjang acara berprestij itu berlangsung, kemunculan pasangan secocok ini antara yang paling mencuri tumpuan.



Dengan mengenakan persalinan indah serta solekan dan rambut yang ditatarias rapi, aksi Nurida antara yang menyerlah ketika di acara fesyen pereka Innai Red, Afiq M dan Syomir Izwa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti serta netizen memberikan pujian pada wanita yang bergelar ahli perniagaan ini.

“Damn, are you even a human?” tanya seorang netizen yang kagum dengan kejelitaan Nurida.

“Sis, pinjam muka sehari!” komen seorang netizen.

“Mcm hindustan. Very natural beauty,” puji seorang netizen.



“Jelitawan sgt...cantik...Anugerah Allah yg terindah.” Kata seorang netizen lagi.

Imbas kembali, Rizman dan Nurida mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu dalam persalinan sedondon bewarna biru.

Pasangan itu memilih tarikh 13 September ini sebagai tarikh perkahwinan.