Indahnya Majlis Resepsi Pasangan Diraja Tengku Iman Abdullah & Tengku Bakar

Amri Hassan
November 7, 2018 07:33 MYT
Pasangan diraja Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dan Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah selamat melangsungkan majlis resepsi di sebuah hotel mewah di ibu kota pada 5 November lalu.
Menyarung persalinan indah rekaan Datuk Rizalman Ibrahim, pelamin indah pasangan mempelai pula mendapat sentuhan daripada Glam Wedding.
Tengku Puteri Iman juga ditatarias oleh jurusolek popular Khir Khalid dan Ckay Liow.
Hadir sama pada majlis resepsi itu, Marion Counter dan pengacara MeleTOP Neelofa yang turut berkongsi momen-momen indah pada majlis tersebut.
Tengku Puteri Iman merupakan anak kepada pelakon veteran, Julia Rais hasil perkahwinannya dengan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah.
Tengku Puteri Iman dan Tengku Abu Bakar telah bernikah pada 4 Ogos yang lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Semoga jodoh pasangan diraja Pahang ini berkekalan hingga ke anak cucu.
Merafak sembah tahniah dan selamat pengantin baru buat Tengku Abu Bakar dan Tengku Puteri Iman.
#Resepsi #Tengku Bakar #Tengku Iman Abdullah