Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, Malaysia Di Kedudukan Ke-13? Bangganya!

Hanafis Haris
09/01/2022 18:52 MYT

Malaysia mencatat rekod membanggakan apabila berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan perbezaan antara Asia dan Barat.

“Dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron dalam tempoh yang singkat.

“Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, setakat 31 Dis lepas Malaysia berada di kedudukan ke- 13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai di tempat paling atas dengan 82 mata, dikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).

“Berdasarkan laman sesawang tersebut, Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menyenaraikan kira-kira 120 negara atau wilayah bagi pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Malaysia kini menduduki tempat keenam dalam Indeks COVID-19 Global (GCI).

“GCI dibangunkan dengan input daripada pelbagai badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Berdasarkan GCI, Malaysia berada di kedudukan keenam dengan penarafan pemulihan lima dengan indeks pemulihan 78.74, manakala Singapura berada di kedudukan teratas dengan indeks pemulihan 82.88, diikuti Korea Selatan (82.71) dan Taiwan (80.49) yang kesemuanya berkongsi penarafan pemulihan sama iaitu lima,” katanya.

Sumber : Bernama

#Viral #Covid19 #Omicron