Laman Utama

India Catat Kelahiran Bayi Tertinggi Di Dunia Menjelang Tahun Baru

gempak
Asraf Aided
04/01/2021
14:15 MYT
Sponsor Banner
India Catat Kelahiran Bayi Tertinggi Di Dunia Menjelang Tahun Baru
Negara India mencatatkan jumlah kelahiran bayi tertinggi di dunia pada hari pertama tahun 2021 dengan jumlah hampir 60,000.
Memetik laporan India Times, jumlah itu walaubagaimanapun telah menurun sebanyak 7,390 berbanding jumlah kelahiran yang dicatatkan pada awal 2020.
Berdasarkan maklumat dari UNICEF, India telah diikuti oleh China dengan jumlah kelahiran sebanyak 35,615 pada 1 Januari tahun ini.
Perbadanan global itu juga menganggarkan sebanyak 3,71,504 bayi dilahirkan seluruh dunia pada 1 Januari 2021 dan 52 peratus daripada jumlah itu hanya melibatkan 10 negara sahaja.
"Anak-anak yang dilahirkan hari ini memasuki dunia yang jauh lebih berbeza berbanding sebelumnya, malah ia juga berbeza berbanding tahun lepas. Tahun baru membawa peluang baru untuk kita memikirkannya.
"Mereka yang dilahirkan hari ini akan mewarisi dunia yang kita mula bina untuk mereka hari ini," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar sama-sama berusaha agar tahun baru ini lebih baik berbanding sebelumnya.
"Mari jadikan 2021 sebagai tahun yang lebih cerah, selamat dan lebih sihat untuk kanak-kanak," katanya lagi.
Sumber & Kredit Foto : India Times
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live