Laman Utama

India Catat Kes Harian Terendah Sejak 5 Bulan, Netizen Tumpang Gembira- “Hopefully Malaysia Juga…”

Hanafis Haris
18/08/2021
09:20 MYT

Pernah menggegarkan dunia dengan kes tertinggi Covid-19, rakyat India kini mampu menarik nafas lega apabila jumlah tersebut semakin berkurangan.

Malah, kes Covid-19 di India hari ini menyaksikan jumlah peningkatan paling rendah dalam tempoh 154 hari.

Menerusi laporan media antarabangsa, sebanyak 25,166 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam.

Sejumlah 31,448,754 kes sembuh direkodkan setakat ini dengan 36,830 orang telah dibenarkan keluar hospital sepanjang 24 jam lalu.

Difahamkan, penurunan ini sudah dilihat sejak Isnin lalu apabila India melaporkan hanya 26,070 kes.

Walaupun dengan penambahan kes-kes dari negeri-negeri lain, jumlah pada hari tersebut masih dikira paling rendah sejak 16 Mac.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, berita penurunan kes di India juga telah menarik perhatian netizen di negara ini.

Rata-ratanya juga berharap Malaysia akan mencapai penurunan mendadak yang sama.

“Moga ada sinar di penghujung terowong, hopefully Malaysia juga boleh macam tu”

“Dulu semua takut India punya kes tinggi teruk, now jumlah harian diorang pun around 30K ke bawah”

“Jumlah penduduk mereka lagi ramai,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, sebanyak 19,631 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia direkodkan semalam (Selasa).

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,444,270 kes.

BACA: COVID-19: "Idola Teruk!" - Labuan Kembali Sifar Kes Baharu, Angka Harian Catat 19,631

Sumber : Times Of India, Twitter

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.