GEGAR VAGANZA 7
Indigo Nyaris Tersingkir Di Minggu Ketiga GV7, Yantzen Masih Bertanding di GV7
Fiza Kamarudin
25/10/2020
|
15:37 MYT
Kumpulan Indigo menarik nafas lega apabila nama mereka masih diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada lagi dan layak meneruskan persembahan pada minggu seterusnya.
Tiga bintang di kedudukan terendah iaitu Ashira, Cliff Umar dan Indigo masing-masing memperoleh 56.20%, 53.40% dan 50.60% daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Shafinaz Selamat.
Ini kedudukan peserta dan markah penuh yang diperolehi bintang GV7:
Hos Jihan Muse dan Nabil turut mengumumkan, Yantzen juga masih diberi peluang meneruskan perjalannya ke minggu keempat.
"Sememangnya pada minggu ini kita memang dah cadangkan tiada penyingkiran berlaku," kata Jihan di penghujung siaran langsung GV7 sebentar tadi.
Sementara itu di awal rancangan Oja diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu ini.
Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu ketiga menjadi milik Oja yang menyanyikan lagu 'Satu Peluang' selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di media sosial Twitter sepanjang siaran langsung.
Dalam pada itu segmen Kongsi Rezeki menyaksikan penyanyi dan pelakon veteran Mimi Loma menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.
13 bintang kekal meneruskan perjalanan di minggu keempat GV7 bertemakan Lagu-Lagu Berhantu.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.