Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Individu Berpelukan Ketika AJL36 Dikompaun Langgar SOP

Gempak
07/03/2022 23:03 MYT
Polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan ketika Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

"Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

"Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak COVID-19.


Sumber dan kredit foto: Harian Metro
#PDRM #Langgar SOP #AJL36