Sejak semalam, hujan lebat yang turun telah mengakibatkan beberapa kawasan dan negeri dinaiki air. Antara negeri yang terlibat termasuklah negeri Pahang serta negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Dalam kesibukan mangsa banjir berpindah ke lokasi yang lebih selamat, lain pula kisahnya dengan seorang pemuda yang viral gara-gara menikmati roti yang dicicah air banjir.

Hal tersebut ternyata mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, terutama yang bimbang akan kandungan air banjir yang kotor dan telah tercemar.

“Asal eh orang sekarang yang basic knowledge punya pemikiran pun diorang tak boleh fikir? Takkan sebab content sanggup jadi bodoh? Tak rasa kotor ke dengan air banjir? Astaga.”

“Tau tak air banjir tu campuran air longkang, kencing tikus dan segala punca air sungai campur air kotor yang kita tak pasti datang dari mana? Cukuplah dilanda musibah je, jangan dilanda biol skali.”

“Dah elok selamat dari banjir kang masuk hospital sebab kencing tikus or poisoning.”



Dalam pada itu, Dr Khairul Hafidz menerusi akaun Twitternya pula melahirkan rasa bimbang dengan video berkenaan dan berharap agar hal tersebut tidak diikuti oleh orang lain.

“Saya ada nampak di TikTok ada yang cicah roti dengan air banjir. Mohon untuk tidak diikuti. Air banjir adalah kotor.

“Penyakit seperti taun dan keracunan makanan boleh berlaku. Saya doakan mangsa tersebut dapat diselamatkan dan dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” tulisnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.