Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Individu Di Negeri Fasa 2 Dah Boleh Rentas, Dine In & Riadah, Tapi Untuk Yang Lengkap 2 Dos Vaksin

Maliah Surip
08/08/2021 09:38 MYT
Berkuat kuasa Selasa (1O Ogos 2021), kerajaan membenarkan individu yang telah lengkap dua dos vaksin untuk merentas daerah atau negeri, melakukan aktiviti riadah tanpa sentuhan serta makan di restoran.

Kemudahan-kemudahan itu terpakai untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara yang menetap di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan seterusnya seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Pengumuman itu disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumaman khas mengenai kemudahan kemudahan bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Namun, kemudahan atau kelonggaran itu hanya terpakai kepada ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Selain itu mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

"Bagaimanapun individu yang ingin merentas negeri mestilah menunjukkan sijil digital vaksinasi kepada pihak bertugas di sekatan jalan raya (SJR)," ucap Muhyiddin dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen dan platform media sosial tersebut.

Awani melaporkan, seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria termasuk bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Sementara bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

"Makan di restoran sekiranya perlu, tapi beli bungkus lebih digalakkan. Saya juga berharap agar pengusaha sediakan ruang makan terbuka lebih banyak," katanya lagi.

Meski demikian, beliau mengingatkan rakyat bahawa tindakan kerajaan ini bukan bermakna rakyat boleh mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Bahkan beliau menegaskan kerajaan tidak teragak agak untuk menarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan.

Untuk rekod, kes positif COVID 19 di Malaysia masih dalam paras membimbangkan dengan terkini sebanyak 18,688 kes dicatatkan hari ini.

Kredit Foto: Sinar Harian
#Malaysia #In #COVID 19 #Riadah #Rentas Negeri #2 Dos Vaksin #Dine
;