Laman Utama
Individu Fitnah Aeril Zafrel & Wawa Zainal Dibayar Sokong PN Mohon Maaf - “Sememangnya Selama Ini Saya…”
Selepas menuduh aktor Aeril Zafrel dan isteri Wawa Zainal mendapat bayaran daripada Perikatan Nasional (PN) bagi mempromosikan parti tersebut di TikTok, seorang pengguna Twitter akhirnya tampil mohon maaf kepada pasangan selebriti itu.
Mengakui kesilapannya tidak memastikan kesahihah, individu yang dikenali sebagai Azrulfitri Azimi itu turut berkata dia selama ini telah bersangka buruk terhadap pasangan tersebut.
"Sememangnya, selama ini saya telah bersangka buruk yang Encik Aeril dan isteri telah mendapat bayaran, dan banyak ura-ura di media sosial juga menyatakan ramai pempengaruh telah mendapat bayaran daripada PN untuk tujuan promosi.
"Sesungguhnya, khilaf itu di pihak saya kerana tidak memeriksa betul-betul," katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di Twitter miliknya @azrulazimi pada Khamis.
Sebelum ini, Aeril menerusi ciapannya di Twitter menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya telah menerima bayaran daripada PN.
“Fitnah ini... banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan… demi Allah satu sen pun aku tak ambil," kata Aeril membalas tuduhan Azrulfitri pada Rabu lalu.
Berharap Aeril dan Wawa memaafkannya, individu tersebut juga telah bertindak memadam tuduhan yang dilemparkan itu.
"Sekali lagi, saya mohon maaf atas keterlanjuran kata-kata dan kekhilafan saya. Saya harap saudara Aeril dan isteri sudi sudi memaafkan saya.
"Saya doakan saudara Aeril dan isteri bahagia selalu, sentiasa dilimpahkan rezeki dan berada di bawah lindungannya," ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video