,
Viral

Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”

Umirah Halim
29/03/2024
08:00 MYT
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.

Tunjuk samseng

Menerusi video tersebut, dilihat seorang lelaki sedang menarik keluar perokok itu daripada premis makanan berkenaan.
Walaupun sudah ditarik keluar premis, lelaki yang masih sedang merokok itu sempat menunjukkan lagak samsengnya dengan menunjukkan jari tengah kepada perakam video.

Tegur tapi diancam

Menerusi hantaran itu juga, individu yang memuat naik video tersebut meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan individu itu yang bertindak kasar setelah ditegur kerana merokok di dalam premis makan.
“Apa yang telah terjadi! Merokok di kawasan larangan tempat makan namun tiada siapa peduli. Bila orang lain bersuara kerana ada budak umur 4 tahun berada di kawasan sekitar, mereka kena ancam,” luah individu tersebut pada hantaran itu.

Netizen setuju tegur perokok

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen dapat dilihat rata-rata netizen kurang senang dengan perbuatan individu tersebut.
“Selalu orang hisap rokok kat kedai memang macam ni perangai. Dah lah langgar peraturan bila kita tegur, then diorang tercabar tunjuk samseng. Mohon kawan- kawan dia malu ada member mcm ni. Next jangan ajak lepak kopi kat luar.
“Tolong jangan tunduk kepada tobacco taiko! And please kuatkan balik enforcement. Ni mcm buat bermusim je.
“Sebagai seorang perokok, saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan perokok dalam video tu. Dah lah salah, angkat jari bagai, tak nampak cerdik.
“Harap post ni viral. Anti betul aku orang yg merokok di kedai makan ni. Kalau tegur confirm auto nak bergaduh je,”komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai hantaran tular ini.

Berita Trending: Arab Saudi Cipta Sejarah, Rumy Al-Qahtani Wanita Pertama Sertai…

Berita Trending: Penjawat Awam Tuduh Isteri Lakukan Hubungan Songsang, Anak…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.