Gara-gara menjual Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) iaitu ubat penting bagi rawatan HIV yang diberikan hospital kepadanya, seorang individu menerima kecaman yang hebat di platform X.

Tindakan individu itu membawa padah apabila seorang netizen berjaya mengesan nama penuh pesakit serta doktor yang merawatnya.
Laporan juga telah dibuat kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh individu yang sama.
Justeru, pihak KKM menerusi hantaran di platform X mengesahkan satu siasatan telah dijalankan terhadap isu tersebut.

