Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Individu Jual Ubat Untuk Rawatan HIV Di Media Sosial Dikecam, KKM Turut Beri Respons

Izwan Isa
31/01/2024 08:55 MYT
Gara-gara menjual Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) iaitu ubat penting bagi rawatan HIV yang diberikan hospital kepadanya, seorang individu menerima kecaman yang hebat di platform X.

BERITA TRENDING: Thailand Lapor Kematian Pertama Cacar Monyet Melibatkan Pesakit HIV & Sifilis

Difahamkan, individu tersebut bertindak menjual ubat-ubatan yang termasuk dalam kategori bahan terkawal dan memerlukan pemantauan teliti daripada doktor itu kerana mendakwa terdapat kekurangan pengeluaran HAART dalam kalangan pesakit HIV.



Tindakan individu itu membawa padah apabila seorang netizen berjaya mengesan nama penuh pesakit serta doktor yang merawatnya.

Laporan juga telah dibuat kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh individu yang sama.

Justeru, pihak KKM menerusi hantaran di platform X mengesahkan satu siasatan telah dijalankan terhadap isu tersebut.



#KKM #HIV #HAART