VIRAL

Individu Kongsi Ibu Kena Buli Dengan Rakan Sebilik Ketika Berada Di Tanah Suci - “Ada Yang Cakap Mak Saya B***h”

Ainun Md Zooki 21/06/2025 | 08:55 MYT

Tular di aplikasi Threads apabila seorang individu berkongsi pengalaman ibunya yang dibuli oleh rakan sebilik semasa menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menerusi hantaran tersebut, individu itu memaklumkan bahawa ibunya kelihatan murung dan bersedih hati selepas pulang dari Tanah Suci.

“Kesian mak lepas balik dari sana murung sebab teringat kawan biliknya buli dia.

“Mak saya ni memang buta IT nak keluar pun tak pandai sebab dekat kampung dia jenis duduk rumah je,” tulisnya.

Tambah individu itu lagi, rakan biliknya telah lemparkan kata kata kesat terhadap ibunya sehingga di ‘palau’ oleh mereka.

Bagaimanapun, individu itu meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir jemaah tersebut kerana melakukan hal sedemikan meskipun berada di Tanah Suci, Mekah.

“Dia cerita ada makcik makcik satu bilik dengan dia cakap bodoh, bengap lepas tu kena maki dan tengkin lagi dekat dia.

“Ingat yang pandai bolehlah membantu, tapi orang yang tak pandai ini makin ‘dipalau’ pula. Macam-macam lagi mak cerita, sedih bila mak kita kena macam tu.

“Umurnya pun dah lebih 70 tahun, manalah dia tahu sangat. Ini ujian mak, dia diuji sebab Allah sayang,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman ibu mereka yang pernah menghadapi situasi yang sama ketika berada di Tanah Suci.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

#Mekah #Haji #Buli #Ibu #Ibadah #Individu #Mangsa #Threads