Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Individu Kongsi Video Kanak-Kanak Menangis Dalam Feri Tampil Mohon Maaf - “Bukan Tak Nak Padam Posting Itu Tapi…”

Asyikin Mayudin 11/05/2025 | 01:55 MYT
Lelaki yang tular gara-gara memuat naik video memperlihatkan dia dan isterinya berdepan situasi kanak-kanak menangis dalam feri yang tampil memohon maaf.

Mohon maaf

Mengakui kekhilafannya dalam menyusun kata-kata, lelaki yang dikenali sebagai Aeryll itu menjelaskan tujuan perkongsian itu hanya ingin meminta pandangan orang terhadap situasi yang berlaku.

“Saya nak buat permohonan maaf kepada semua yang bergelar ibu bapa di luar sana kerana posting saya itu telah membuatkan kalian tersinggung dan ‘misleading’.

“Tujuan saya muat naik video itu adalah kepada ibu bapa yang pernah alami situasi macam tu, apa nasihat mereka untuk pasangan baru seperti kami? Apa kami perlu buat bila ada anak nanti?

“Itu saja, bukan niat nak hentam sesiapa. Saya nak tahu apa korang buat, mungkin ada ilmu yang saya tak tahu dan perlu belajar,” kongsinya.

Tak nak padam

Bagaimanapun, lelaki berkenaan menegaskan dia tidak akan memadam video tersebut kerana mahu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

“Bukan tak nak padam posting itu, tapi video pun dah tular dan tersebar luas jadi kalau padam pun tak ada guna.

“Orang akan hentam juga dan kalau saya padam, orang akan kata saya tak bertanggungjawab atas tindakan saya. Jadi, sekarang ini saya bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Berhenti kecam

Pada perkongsian yang sama, lelaki tersebut juga memohon agar orang ramai tidak mengkritik atau melemparkan kecaman terhadap isterinya dab dia juga mengambil tanggungjawab atas segala kesalahan.

“Jangan sampai mendoakan bini saya yang bukan-bukan, sebab benda ini saya yang buat. Bini saya tak ada kena-mengena. Kenapa muka bini saya macam itu? Sebab dia tak sihat.

“Saya tak pertahan apa-apa, saya cuma minta maaf sebab korang terasa dengan kenyataan saya sebelum ni,” katanya.

Terdahulu, tindakan lelaki tersebut yang memuat naik video dan menghentam ibu bapa yang membiarkan anak kecil mereka menangis di dalam feri telah meraih perhatian dan kecaman netizen.

Dakwa lelaki itu, tindakan kanak-kanak itu yang menangis hampir satu jam telah membuatkannya dan isteri berasa tidak selesa.

undefined
#Suami Isteri #Feri #Kanak-kanak menangis