Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Jangan Salah Guna Kelonggaran Kerajaan" - DG Hisham

Amri Hassan 22/08/2021 | 00:30 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai yang sudah lengkap dua dos vaksinasi agar tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan kerajaan.
Katanya, negara akan berdepan pertempuran lagi sekiranya rakyat mengabaikan disiplin wajib pemantauan diri.
"Individu yg lengkap menerima dua dos vaksin dingatkan supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan kerajaan.
"Sekiranya kita leka, segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai di negara ini akan disia-siakan.
"Jika rakyat tidak memanfaatkan kelonggaran yang diberikan, berkemungkinan negara ini akan menghadapi satu lagi 'pertempuran' dengan virus.
"Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada rakyat di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan Covid-19," pesannya melalui ciapan di Twitter.
Tambah DG Hisham, masyarakat perlu memastikan kadar transmisi virus serendah mungkin bagi mencegah munculnya varian baharu.
"Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu.
"Bagi individu yang sudah menerima vaksin lengkap, perlu ada disiplin yang tinggi untuk tidak menyalahgunakan hak istimewa yang diberikan.
"Sekiranya anda disahkan positif COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif, pastikan menjalani pengasingan atau kuarantin dalam kadar segera supaya tidak mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan," pesannya.
#Viral #Vaksin #Kerajaan #DG Hisham #Dine-in #Kelonggaran
;