Individu Mahu Sewa Busana Siti Nurhaliza, Ini Jawapan Pereka Fesyen - “Baju Ini Adalah Hak Milik…”
Asyikin Mayudin
22/03/2024 04:55 MYT
22/03/2024 04:55 MYT
Pereka busana Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, Bianca Bella mendedahkan terdapat individu mahu menyewa busana berkonsepkan tradisional yang digayakan penyanyi tersohor negara itu.
BERITA TRENDING: Pereka Fesyen Bianca Bella Terkesima Tengok Siti Nurhaliza Sarung Baju Rekaannya Di Konsert Mega! -…
Individu berkenaan bertanyakan mengenai perkara itu menerusi soalan yang ditinggalkan di ruangan sesi soal jawab atau ‘Q & A’ di Instagram Story milik Bianca Bella.
"Baju Datuk Seri Siti boleh sewa tak?", soal individu itu.
Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pereka berkenaan mengatakan busana itu tidak boleh disewakan kepada mana-mana pihak.
Katanya, busana berona merah hati yang menggunakan kain songket itu merupakan hak milik pelantun lagu Cindai itu sepenuhnya.
"Tak boleh awak, ini Datuk Seri Siti bagi kami pamerkan sementara di butik.
"Baju ini adalah hak milik sepenuhnya dan dibayar sepenuhnya," jawabnya.
Terdahulu, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh 12,000 penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.
Konsert tersebut dibahagikan kepada beberapa segmen dan salah satu di antaranya adalah segmen tradisional di mana segmen berkenaan memperlihatkan Siti menggayakan busana rekaan Bianca Bella