Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Individu Narsistik Perlu Dielakkan Atas Dasar Kasih Sayang, Bukan Kerana Benci!

Firdaus
06/07/2024 06:55 MYT
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsistik (narcissistic personality disorder) atau sifat mengagumi diri secara berlebihan wajar dihindari agar tidak menyebabkan tekanan dan gangguan emosi.

BERITA TRENDING:COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

Menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.

"Walaupun kadang-kadang menghindari mereka itu seperti mahu memutuskan hubungan, tapi sepatutnya orang yang mempunyai gangguan personaliti narsistik wajar dielak atas dasar kasih sayang dan bukannya kerana benci.

BERITA TRENDING:"Bahagianya Dia Hari Ini..." - Anak Menangis Dapat Hadiah Bola, Netizen Turut Rasa Sebak!

"Sebab kenapa perlu hindari mereka adalah untuk berada dalam keadaan lebih tenteram dan jauh daripada gangguan emosi," jelasnya.

Wajar Jauhkan Diri

Menambah lebih lanjut, Mohammad Aziz berkata manusia dengan gangguan personaliti itu wajar dijauhkan untuk menghindari konflik dan pemberontakan dalam diri sendiri.

BERITA TRENDING:Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

"Bukan itu sahaja, sebab wajar individu dengan personaliti ini dijauhkan daripada diri kita supaya kita tidak memberontak dan menyebabkan konflik dalam hidup sendiri.

BERITA TRENDING:Budak Perempuan Cedera Tangan Tersepit Eskalator

"Maka kita jauh dan padam individu sebegini dalam hidup kita sehingga sampai tempoh dan faktor tertentu yang membolehkan kita meneruskan hubungan dengan mereka," katanya.
#Viral #Berita #personaliti #Hidup #NPD #Narsistik #Gangguan Emosi
;