Seorang individu yang identitinya dirahsiak, bermurah hati membantu penyanyi Joey BPR untuk membayar kompaun RM1,000 yang dikenakan selepas selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Joey atau nama sebenarnya, Johari Mat Rozekhi, 57, dikenakan kompaun itu kerana tidak memakai pelitup muka dan mencatat nama ketika memasuki sebuah kedai di Ukay Perdana, Ampang.

Difahamkan, kedai terbabit juga melanggar SOP PKPB apabila beroperasi selepas jam 10 malam.

Selepas memuat naik tentang dirinya dikenakan kompaun, Joey terharu kerana ada individu yang sudi membantunya menyelesaikan kompaun tersebut.

“Aku dah cakap. Allah senantiasa memerhati. Dialah yang menggerakkan hati nurani kita. Kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita.

“Aku tak pernah mengemis atau mintak duit orang, tapi kalau orang nak bagi, aku ambik. Mujurlah dalam dunia yang penuh kerakusan, masih ada yang mengasihani.

“Sebab tu aku berdoa, Allah Selamatkan Malaysia,” tulisnya pada sebuah hantaran di laman sosial Facebook.

Aku dah cakap. Allah senantiasa memerhati. Dialah yg menggerakkan hati nurani kita Kalau kita baik dengan orang, Orang...

Posted by Joey Bpr on Saturday, 24 October 2020

Sebelum itu, Joey memuat naik hantaran disaman ketika hendak membeli minuman dan kebetulan tidak memakai pelitup muka.

Menerusi hantaran tersebut Joey berkata, restoran berkenaan sentiasa dipenuhi pelanggan pada waktu siang dan kebanyakannya tidak mematuhi SOP.

Dia juga sering mematuhi SOP, cuma pada malang tidak berbau dan nasib tidak menyebelahinya pada malam tersebut.

“Awas, jangan main-main, aku dah kena. Kali ini lengkap dengan tentera, majlis, polis…Lengkap dengan M16.

“Dari pagi sampai malam duk ikut SOP, kedai sesak orang tak pakai mask takde polis. Bila malam dah tak ada orang, aku terjah beli air kejap.

“Tiba-tiba datang polis, askar, majlis…Kantoi! Kalau takdir dah nak kena, kena jugak. Tapi aku bersyukur, kena seribu ringgit. Kalau kena Covid .... Lagi teruk.

“Pengalaman mendewasakan kita,” katanya yang mengaku salah dan menjadikan ia satu pengajaran.

AWAS ... JANGAN MAIN - MAIN AKU DAH KENA .... KALI INI, LENGKAP DGN TENTERA, MAJLIS, POLIS LENGKAP DENGAN M16 Dari...

Posted by Joey Bpr on Saturday, 24 October 2020