Laman Utama
Individu Positif COVID-19 Tidak Boleh Keluar Mengundi
Individu yang disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.
Memetik laporan BH Online, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas selepas pertimbangan dibuat bersama Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan.
Beliau berkata, bagi individu sedang menjalani kuarantin pula, mereka dibenarkan mengundi tetapi perlu membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terlebih dahulu.
“Bagi mereka yang bergejala, mereka boleh hadir untuk mengundi di tempat khas yang disediakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Ini bermakna mereka dibenarkan mengundi, namun mengundi di tempat khas yang disediakan.
"Pengundi biasa perlu hadir ke tempat mengundi dan digalakkan mengikut masa ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya lagi pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sumber: BH Online
Must-Watch Video