Laman Utama

Individu Tuduh Isteri DDNK Kaki Sondol, Bergambar Dengan Mat Sabu Tampil Mohon Maaf Selepas…

Syafiqah Jalal
27/09/2022
02:04 MYT
Isteri pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) iaitu Datin Nor Ernie Rossmerie, tidak berdiam diri selepas sekali lagi dituduh kaki sondol.
Ia selepas seorang individu menyebarkan foto seorang perempuan bergambar mesra dengan ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu dan menuduh dirinya. Ernie kemudian tampil membuat laporan polis kerana fitnah tersebut memalukan dirinya dan suami serta akan merujuk kepada pihak undang-undang untuk menyaman individu itu.
“Siapa lagi yang menyebar fitnah akan diambil tindakan oleh saya dan DDNK,” katanya.
Menerusi hantaran individu yang didakwa menyebarkan fitnah itu telah bertanyakan adakah wanita bersama Mat Sabu itu adalah isteri DNNK serta turut menyindirnya sebagai penyondol.
Bagaimanapun, dua individu dipercayai menyebar fitnah tersebut telah pun memuat naik status permohonan maaf di dalam media sosial di atas tindakan mereka yang menyebarkan perkara tidak sahih serta mengakui kesilapan mereka.
Sejak beberapa minggu lalu, pasangan ini hangat diperkatakan selepas perkahwinan mereka menjadi tular kerana ia perkahwinan kedua DDNK.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.