Pelakon Nabila Huda telah menerima kata-kata berbaur ugutan oleh seorang individu yang menuduhnya seorang ‘kaki claim’.

Menerusi hantaran yang dibuat individu tersebut, dia mendakwa Nabila sebagai pencuri budaya Indonesia.

“Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO.1 claimer/ thief of the Indinesian Culture. Wkwkwk,” tulis individu tersebut di platform X.

Tidak cukup dengan itu, individu yang dipercayai berasal dari Indonesia itu juga turut memberikan ugutan untuk menculik anak aktres itu.

“Im going to kidnapp your daughter if you still claim the indonesian culture @abilsuhaimi,” tulisnya.
Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian Nabila yang berkongsi kembali hantaran berkenaan dan meminta bantuan pengikutnya mengenai hal berkenaan.

Bagaimanapun, individu itu telah menetapkan profile X nya dalam mood privasi.

“Oh dia dah private akaun eh?” tulis Nabila.

Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat individu itu hanya dahagakan perhatian dan mahu pengikutnya bertambah.

Namun ada juga yang menyarankan supaya Nabila membuat laporan polis berkenaan dengan ugutan tersebut.

“Dah buat polis repot? Dah ugut nak culik anak ni bukan main main even dia nun jauh di sana, bab anak jangan main-main,” tulis netizen.

“Dah kenapa dia ni...aduhai...Boleh buat report @abilsuhaimi untuk keselamatan,” coret seorang lagi netizen.

Sebelum ini juga pernah berlaku isu berkaitan ‘claim’ dari seberang yang mendakwa lagu Gatal nyanyian Janna Nick berasal dari negara mereka.

BERITA TRENDING: Psy Buat Challenge Janna Nick, Tapi Netizen Indonesia Claim Lagu Gatal Tu Dari Seberang


Malah lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin juga pernah menjadi isu.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Netizen Malaysia Terkejut Ada Pihak Dakwa Lirik Casablanca Mirip Bahasa Indonesia - “King of Claim Is Back!”