Ketika negara sedang memperkasakan semua sistem pentadbiran negara selepas perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, timbul pula kisah baru dari negara jiran, Indonesia.

Menerusi beberapa laporan media tempatan Indonesia, kajian asal-usul mendakwa Muhyiddin punyai darah berketurunan Indonesia.

Memetik laporan Sidonews, Tribun News dan Fajar, bapa Muhyiddin diberitakan berasal dari Siak, Riau dan berketurunan Bugis.

Manakala, ibu beliau berasal dari keturunan Jawa sekali gus menjadikan Muhyiddin 'berasal' dari Indonesia.

Bapa Muhyiddin iaitu Muhammad Yassin Muhammad dikenali sebagai salah seorang ulamak berpengaruh di Muar, Johor.

Muhyiddin pula pernah memegang jawatan dalam kabinet ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber: Sindonews, Fajar, Tribun News