Hiburan

Indonesian Music Festival Satukan Ifan Seventeen, Marcello Tahitoe & Kotak! Axita Arena Bakal Jadi Saksi

Amri Hassan
30/06/2024
10:32 MYT
Memenuhi hasrat ramai, Indonesian Music Festival yang akan berlangsung pada 24 Ogos di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bakal menyatukan kumpulan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe!
Kotak merupakan sebuah kumpulan muzik rock Indonesia yang ditubuhkan pada 27 September 2004. Kini Kotak terdiri daripada Tantri (Tantri Syalindri Ichlasari) sebagai vokalis, Chua (Swasti Sabdastantri) sebagai pemain bass dan Cella (Mario Marcella) pula pemain gitar utama.
Band Kotak yang popular dengan lagu antaranya, 'Pelan-Pelan Saja', 'Masih Cinta', 'Tendangan Dari Langit' dan 'Aku Yang Tersakiti' pasti tidak akan mengecewakan penonton yang hadir.
Antara kejayaan yang dimenangi oleh Kotak dalam pelbagai acara anugerah muzik adalah Anugerah Muzik Indonesia ke-12, untuk Kategori Solo/Duo/Kumpulan Rock Terbaik. Album 'Kotak Kedua' turut dianugerahkan kategori Album Rock Terbaik.
Mereka juga berjaya memenangi kategori Kumpulan/Duo Pendatang Baru Terbaik mengikut Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 serta Anugerah MTV Indonesia untuk Most Favourite Breakhtrought Artist 2009.

Ifan gerak solo

Bagi para penggemar lagu 'Kemarin' milik Ifan Seventeen, kini saatnya untuk menikmati suara merdunya, setelah insiden kecelakaan yang menimpa Ifan pada tahun 2018 lalu.
Setelah tahun 2018 lalu, Ifan kini berada dalam perjalanan baru dan lebih memilih untuk bernyanyi solo, setiap kali menyanyikan lagu ciptaan Herman Sikumbang, 'Kemarin'.
Ifan yang kini berusia 41 tahun (nama asli Rifian Fayacia) dipastikan akan menghibur para penggemarnya dengan lagu-lagu popular Seventeen lainnya seperti 'Cinta Jangan Disembunyikan', 'Akujira', 'Menunggu Kamu', 'Jaga Selalu Hatimu', 'Sumpah Ku Mencintaimu', dan 'Hal Terindah'.

BERITA TRENDING: "Alangkah Indah Jika Semua Ada..." - Ifan Seventeen Abadikan Kenangan Tragedi Tsunami Dalam Konsert Memori Terindah 2023

BERITA TRENDING: Menyayat Hati, Tragis! Filem Dokudrama Seventeen Band, 'Kemarin' Tayang Di Malaysia 21 Oktober Ini!

BERITA TRENDING: Menikah Di Pantai, Takdir Cinta Ifan Seventeen, Dylan Sahara Juga Berakhir Di Pantai Selepas Dylan Tewas Pasca Tsunami Selat Sunda

BERITA TRENDING: "Minta Dipeluk & Dicium Pipinya" - Ifan Seventeen Dedah Sikap 'Aneh' Isteri Sebelum Ditelan Tsunami, Ini Juga Rakaman Terakhir Bersama!

Ello & 6 album studio

Manakala seorang lagi penyanyi yang bakal menghibur penonton di Indonesian Music Festival ialah Marcello Tahitoe, 41. Marcello Tahitoe atau lebih dikenali sebagai Ello, adalah seorang penyanyi, komposer dan produser muzik Indonesia dan merupakan vokalis baru kumpulan Dewa 19 sejak 2022 hingga sekarang.
Penyanyi berdarah campuran Maluku-Batak itu lahir daripada keluarga seni kerana bapanya, Minggoes Tahitoe dan ibu, Diana Nasution adalah penyanyi popular era 1970-an.
Ello yang merupakan pemuzik berbakat pernah menerima anugerah Pendatang Baru Terbaik sempena Anugerah Muzik Indonesia (AMI) pada 2005, Album Pop Terbaik (2005), Karya Produksi R&B Terbaik (2005), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2016), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2019), Album Rock Terbaik (2021) dan Album Terbaik-Terbaik (2021).
Antara lagu-lagu popular Ello adalah 'Gak Kayak Mantanmu', 'Kisah Kita T'lah Usai', 'Benci Tapi Rindu', 'Takkan Ada Aku Lagi', 'Sorry Abis' dan banyak lagi. Sebelum menjadi vokalis Dewa 19, Ello mempunyai enam album studio termasuklah 'Ello', 'Realistis/Idealis', 'Taub Mumu', 'Jalur Alternatif', 'Antistatis' dan '99'.
Untuk menonton persembahan artis hebat ini jangan lupa untuk menempah tiket-tiket yang dijual pada harga RM488 (VIP), RM388 (CAT 1), RM338 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4). Tiket-tiket akan mula dijual pada 1 Julai di https://my.bookmyshow.com/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Pereka Fesyen Bianca Bella Terkesima Tengok Siti Nurhaliza Sarung Baju Rekaannya Di Konsert Mega! - "Tak Terlintas Di Fikiran ..."

gempak
15/03/2024
05:51 MYT
Tiada kata-kata mampu diungkapkan pereka fesyen muda, Amirul Safwan ketika melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyarung busana rekaannya di pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Laman Utama

Siti Nurhaliza Umum Konsert Tahun Depan, Netizen Mahu Venue Lebih Mega! - "Kenapa Tidak SNBJ Atau Buat 2 Hari?"

gempak
19/12/2023
08:54 MYT
Kali terakhir konsert berskala besar pada tahun 2019.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Angkut Semua 8 Bintang Ke Axiata Arena, Jaga-Jaga Finalis Ada Tiga Tugasan!

gempak
03/12/2023
15:56 MYT
Jumpa di final All Stars Gegar Vaganza!
Laman Utama

Tiket Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza Telah Mula Dijual!

gempak
12/11/2023
15:10 MYT
Jom beli guys!
Laman Utama

Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia

gempak
25/10/2023
01:55 MYT
Siti hadir membuat persembahan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin.