Laman Utama

“Infact Dah Hilang Pun 15 Minit, Ayah Tak Respon, Nafas Pun Tak Ada” - Norman Hakim Trauma

gempak
Mya Amri
17/12/2022
01:57 MYT
Sponsor Banner
“Infact Dah Hilang Pun 15 Minit, Ayah Tak Respon, Nafas Pun Tak Ada” - Norman Hakim Trauma
Pelakon, Norman Hakim berdepan detik cemas apabila bapanya kesayangannya Haji Zaidon Haji Abdul Rahim tidak bernafas buat seketika.
Menceritakan kejadian tersebut, Norman berkata bapanya kelihatan pucat, tidak memberikan respon dan nafasnya juga tiada.
“Saya sekeluarga hampir kehilangan ayah, infact dah ‘hilang’ pun selama 15 minit. Kakak saya @noorishah called menangis-menangis panik beritahu saya kena balik sekarang, ayah tak bergerak.
“Kakak terus cut off call. Habis kat situ. Saya buka whatsapp family group. Terus rasa dunia berhenti. Wifey @memeysuhaiza depan mata pun baca jugak. Tak keruan dan terus nangis.
“Gambar dalam WA group, ayah dalam posisi duduk dalam bilik air. Nampak kondisi ayah pucat satu badan.
“Kapsyen: ayah tak respon. Nafas pun tak ada. Saya bagi masa untuk diri istigfar dan bertenang. Terus call abg sulung kat Johor suruh baca whatsapp group dan standby untuk balik.
“Ayah mungkin dah tak ada. Saya tahu inilah momen paling saya takut untuk berdepan. Saya istigfar lagi.
“Tarik nafas dalam-dalam. Cuba sedaya redakan diri untuk berdepan dengan kemungkinan yang ayah dah tak ada.
“Saya dongak kepala pejam mata mengharap pada Allah supaya benda paling saya takut ni semua mimpi,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Norman, dia menarik nafas lega dan syukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua bersama bapa kesayangannya.
“Tiba-tiba dapat direct respon dari niece @shrmllhw bgtau ‘Tok ayah bernafas balik, mama (my sis @noorishah ) tengah ajar mengucap.’
“Perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu. Hanya mengharap padaNya supaya nafas tu terus bertahan.
“Alhamdulillah, Allah beri peluang ke-2 untuk bersama lagi dengan ayah. Belaian dan kasih sayang paling Agung dengan izinNya saya curahkan pada ayah atas kesempatan dan peluang ke-2 ni.
“Sisa trauma masih ada. Tak tahu nak luah macam mana lagi kat Allah atas rasa syukur dan terima kasih untuk peluang ke-2 bersama ayah ini,”
Baca kisah penuh Norman di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live