Influencer Bangga Dedah Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu, Netizen Naik Hantu - "Orang Lain Tadah Air Mata Tak Boleh Jumpa Keluarga"
Zulaikha Yusof
19/03/2021 04:00 MYT
19/03/2021 04:00 MYT
Tindakan personaliti media sosial berkongsi perjalanan rentas negeri mendapat kecaman hebat daripada netizen di media sosial.
Menerusi hantaran Ask Me Questions di Instagram (IG), pasangan suami isteri itu mendakwa mereka mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pergi berbulan madu.
"Inaz pergi rentas negeri atas urusan apa ni?" tanya seorang individu.
"Berbulan madu. Kenapa korang buat teruk? Boleh ja pergi ja la ambil surat! Belum cuba dah cemburu," balas wanita yang dikenali dengan nama Inaz.
"Boleh guna alasan berbulan madu ka untuk rentas negeri Inaz?" tanya individu lain.
"Boleh la In** booking sejak Disember. Tapi kalau polis tempat korang sejenis strict, pandai-pandai la hadap," balas Inaz lagi.
Bagaimanapun, jawapan yang diberi wanita itu telah mencetus kemarahan kerana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap wanita itu yang tidak sensitif dengan orang lain.
Ruangan komen itu telah diserang dengan luahan ketidakpuasan hati terutama dalam kalangan individu yang sudah lama menanggung rindu dengan keluarga yang berada di kampung.
Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi membongkar kebenaran.
Sehingga kini, akaun IG milik personaliti media sosial itu telah diletak mod privasi malah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok telah dipadam.
Sumber: Twitter/Instagram