Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Influencer Kecergasan Ini Dikecam Gara-Gara Melabelkan Saiz M sebagai Gemuk!

Hanafis Haris 02/10/2019 | 12:48 MYT
Seorang 'influencer' kecergasan menjadi perbualan hebat dalam kalangan netizen apabila dia melabelkan individu yang mempunyai ukuran atau saiz badan M sebagai gemuk atau obes.
Menerusi laporan China Press, individu dikenali sebagai Lee itu melemparkan kenyataan tersebut menerusi Instagram Story (IG Story) miliknya.
"Di Asia, S bermaksud M. Manakala M pula bermaksud L.
"Apa saja melebihi saiz M dianggap obesiti," katanya yang telah pun memadam akaun Instagramnya.
Tambah Lee, dia kini berada pada skala saiz dua atau XXS dan orang ramai khususnya pengikut Instagramnya haruslah menurunkan berat badan ke saiz empat atau XS.
"Jika anda adalah saiz enam ke atas, berhentilah makan dan bergerak ke gimnasium," katanya.
Kenyataan tersebut kemudian telah dimuat naik oleh pengguna sosial media dan kini menjadi perbualan hangat antara mereka.
Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan tersebut sebagai keterlaluan dan menghina bentuk dan berat badan seseorang.
Malah, ada diantaranya mempersoalkan kredibiliti Lee sebagai individu yang pakar dalam soal kecergasan.
#Viral #Instagram #Viral #Obes
;