Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Influenstar Asia Dot Com Tawar Peluang Pekerjaan & Modul Latihan Kepada Influencer

Umirah Halim
05/09/2024 06:55 MYT
Pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ GROUP), melancarkan sebuat platform, Influenstar Asia Dot Com, sebuah platform untuk pempengaruh tempatan bertujuan untuk menyokong industri GIG negara.

Platform ini membuka peluang pekerjaan yang lebin luas kepada pempengaruh, terutamanya yang bergerak secara individu.

Sedia platform latihan & sokongan pengurusan

Ketua Pegawai Eksekutif, Nadia Janu berkata platform ini dilancarkan bertujuan bagi membantu pempengaruh meningkatkan kemahiran mereka menjadi pempengarh yang lebih bertanggungjawab dan memastikan kandungan yang dihasilkan adalan benar serta beretika agar dapat membina kepercayaan yang berkekalan dengan pengikut dan pelanggan.

Selain itu, Influenstar Asia Dot Com turut menawarkan latihan kepada golongan muda yang berminat untuk menjadi pempengaruh dengan modul latihan yang direka khas mengikut aliran terkini dan dilatih sendiri oleh pempengaruh yang berpengalaman dalam bidang kandungan kreatif.

BERITA TRENDING: Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Isteri Kongsi Nama Anak

BERITA TRENDING: Peguam Asiah Abd Jalil Beri Pandangan Mengenai Kes Da’i Syed - “Saya Rasa

Platform ini turut menyediakan sokongan kecemerlangan pengurusan termasuk penyediaan kontrak untuk melindungi hak dan kepentingan pempengaruh, pembangunan kempen pemasaran dan kandungan kreatif.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Influenstar Asia Dot Com turut memperkenalkan JAZMINE, pempengaruh Maya pertama di Malaysia hasil kerjasama dengan Warnakala Studios, pemilik harta intelek (IP) Didi & Friends dan Makania.

JAZMINE juga turut melancarkan single debut dan video muziknya yang berjudul "In The Zone", yang digubah oleh JD Wong dari kumpulan rock Pop Shuvit.

JAZMINE adalah pempengarh era digital yang bukan sahaja berfungsi sebagai pempengarh maya tetapi juga sebagai penentu arah aliran industri selaras dengan motto Influenstar Asia Dot Com iaitu Let's influence the future!.

Dengan sokongan teknologi kecerdasan ouatan (Al), JAZMINE direka untuk mentakrifkan semula cara jenama dan khalayak berinteraksi seperti membuat ulasan produk, perkhidmatan dan acara dalam sfera digital.

Sebagai salah satu pempengarh di bawah Influenstar Asia Dot Com, JAZMINE akan memimpin kempen inovatif dengan mencipta kandungan yang relevan untuk generasi digital.

BERITA TRENDING: “Hitam Sangat Hati Tu, Jealous Ke Wak” - Dikatakan Macam Mak &

BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got

Pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi, Social and Economic Research Initiative (SERI), dan disaksikan oleh Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Puan Sivamalar Genapathy, Tugas - Tugas Khas 1, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Puan Farahida Dato' Sri Fauzi, Pengerusi JEMZ GROUP, Encik Jemizan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif JEMZ GROUP dan pengasas Influenstar Asia Dot Com serta Puan Nadia Janu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Influenstar Asia Dot Com dan Encik Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif dari Warnakala Studios.

Mailis pelancaran turut dihadiri hampir 130 tetamu termasuk pempengaruh dari pelbagai segmen dibawah pengurusan Influenstar Asia Dot Com seperti Nazrief Nazi, CEO Batu, Elle Fara, Kak Dya, Baggio Damasutra, Papayen, Nine, Eizat Halim, Taleeb Mizad, Zona Selamat dan lain-lain.

Rakan niaga seperti cari.my, BeOne, Szindore, De' Haramain, Oh My Media, WhiteSalju, balaiprint.com dan NR Cosmetics turut menyokong acara ini.

#Maya #Influencer #Pertama #influenstar asia dot com #jazmine
;