Hiburan
Informasi Berguna Untuk Wanita, Jom Tanya Doktor Imelda!
Astro kini tampil dengan sebuah program mengenai info kesihatan wanita iaitu Tanya Doktor Imelda.
Tanya Doktor Imelda dihoskan oleh Lisa Surihani dan menampilkan seorang pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin.
Antara tetamu jemputan yang diundang untuk membincangkan isu kesihatan wanita adalah Datin Fouziah Gous, Tya Ariffin dan ramai lagi.
Menurut Fouziah, program ini merupakan satu platform yang sangat baik kepada wanita dan golongan ibu di luar sana kerana ia boleh dijadikan rujukan dalam aspek kesihatan dalaman wanita.
"Masyarakat sekarang sangat bertuah kerana sudah ada program begini ditayangkan di kaca TV, ia sangat berguna dan boleh dijadikan rujukan oleh golongan wanita dan ibu di luar sana," kata Fouziah.
Sementara itu, Tya berpendapat program ini mampu mengubah persepsi masyarakat mengenai pantang larang dalam penjagaan kesihatan wanita terutamanya ketika berpantang selepas bersalin.
"Pada pendapat saya, program ini mampu mengubah persepsi segelintir masyarakat yang kadang-kadang berkait rapat dengan mitos.
"Dalam penjagaan kesihatan wanita, kita harus banyak membaca, melakukan 'research' sendiri dan mengetepikan mitos," tambah Tya.
Fouziah dan Tya ditemu bual selepas sesi rakaman program Tanya Dr. Imelda di Astro Bukit Jalil sebentar tadi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tanya Dr. Imelda yang akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Must-Watch Video