Berita
“Ingat Aku Ni Kilang Biskut?”- Johan Minta Tambah Anak, Ini Jawapan Ozlynn
Pelakon Ozlynn mendedahkan suaminya, Johan Raja Lawak telah menyatakan hasratnya mahu menimang seorang lagi cahaya mata.
Ozlynn bagaimana pun masih mempertimbangkan permintaan suaminya yang mahu menambah seorang lagi anak perempuan.
“Korang suka tak anak ramai? Aku suka tapi tanggungjawab kena seiring la. Jangan reti beranak je lepas tu terbiar.
“Untuk aku nak beranak siket ke banyak bergantung pada individu. Ada orang cakap anak ni rezeki tapi perlulah dijaga dengan baik kerana tanggungjawab besar.
“Nak mendidik kita perlu membimbing, bukan mengarah. Banyak aku belajar.
“Saja lah nak tanya, patut ke aku dengar cakap laki aku suruh mengandung lagi?” Tulisnya.
Ozlyn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama keluarga dan kelima-lima anaknya.
Menurut Ozlyn, dia perlu memikirkan perancangan untuk membesarkan anak-anaknya bila dia dan suami sudah tua.
“Aku kalau boleh tak mahu umur 50 tahun tapi anak masih sekolah lagi.
“Aku suka fikir banyak perkara seperti sempat ke nak tengok anak kahwin? Jauh sangatkan fikir?” Katanya lagi.
Rata-rata suka melihat kebahagian keluarga tersebut dan mencadangkan Ozlynn menambah cahaya mata lagi melengkapkan tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.
Perkahwinan Ozlynn dan Johan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.